Tuesday, December 30, 2008

Solat

Solat 5 waktu semakin dipandang ringan sedangkan hakikatnya ia merupakan tiang kepada Islam. sepotong hadis pernah menyatakan bahawa:

"sembahyang itu tiang agama, barangsiapa mendirikannya, maka ia telah mendirikan agama dan barangsiapa meninggalkannya, maka sesungguhnya dia telah merobohkan agama"

sebagai seorang Islam, kita diwajibkan untuk mengucap 2 kalimah syahadah, sloat 5 waktu, berpuasa di bulan ramadhan, menunaikan zakat dan haji sekiranya mampu.

PERUMPAMAAN DOSA MENINGGALKAN SOLAT MENGIKUT WAKTU :

SUBUH - dia akan disiksa selama 60 tahun di neraka (60,000 tahun dunia)

ZUHUR - dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam

ASAR - dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah

MAGHRIB - dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri

ISYA' - Allah tidak redha dia tinggal dibumi dan menggesa dia mencari bumi yang lain

maka dengan ini, insaflah wahai sahabatku, kerana sesungguhnya dosa meninggalkan solat itu adalah SANGAT BESAR, SANGAT BERAT dan SANGAT DAHSYAT siksaannya.

Solat 5 waktu itu tidak boleh diganti dengan sesuka hati. pengecualian hanyalah ketika darurat, uzur bagi perempuan ataupun apabila kita hilang kawalan ke atas minda seperti pitam ataupun gila. selagi kita masih waras dan suci, maka solat itu adalah wajib ke atas kita.

Walau sesibuk mana pun kite kt dunia ni, jangan la lupa pada yang menciptakan kita..
Sebar-sebarkanlah maklumat ini kepada semua. dan sekiranya saya ada melakukan kesilapan, tegur-tegurlah saya, insan yang masih cuba untuk mencari keredhaan Tuhan. Amin............




1 comment: